السلام عليكم ورحمة الله

HAPPY FAMILY

Nama Anak2ku sayang....

Maksud nama2 anak kami......

BIL

NAMA ANAK

MAKSUDNYA

1

HANA

Kebahagiaan, Rezeki tanpa kepayahan

2

BATRISYIA

Cerdik/ Pintar

3

HASYA

Kesempurnaan

4

BASIIRAH

Yang bijak / Pengetahuan

5

HASIIB

Berketurunan Mulia

6

BASYIRIIN

Yang memberi Berita Baik

7

HUSNA

Yang lawa / Yang Baik / Salehah/ Bernilai

8

BASYIIRAH

Penyampai Berita Gembira

PERMATA HATIKU


Slideshow

CALENDAR SEPANJANG TAHUN

LAGU DAKWAH

29 Nov 2008

stress?????????

Jangan sampai sakit jiwa.....

Sebagai manusia kita tak henti-henti diduga dan sentiasa menghadapi pelbagai tekanan dan masalah tak kira samada tekanan ditempat kerja, rumahtangga, kewangan, kesihatan dan sebagainya.

Kadang-kadang terfikirkah anda bahawa anda sedang menghadapi pergolakan jiwa. Banyak faktor yang membuatkan jiwa kita kacau-bilau, gelisah dan rasa tidak menentu dan tertekan. Jika inilah yang sedang anda alami, jangan biarkan ia melarat sehingga anda dilabelkan sebagai pesakit jiwa atau pesakit mental. Cuba atasi tekanan yang anda hadapi dengan melakukan perkara-perkara berikut, moga ia dapat membantu anda.....

1) Menulis - simpan buku catatan peribadi. Catatkan apa saja perkara yang anda rasa anda ingin lepaskan seperti rasa kecewa, marah, sakit hati, sedih dan sebagainya. Ia adalah lebih baik daripada anda biarkan perasaan tersebut terbuku didalam hati.


2) Dengar lagu atau muzik kegemaran anda terutama lagu-lagu yang mampu menyegarkan jiwa dan mempunyai kenangan tersendiri buat anda.

3) Membaca - banyakkan membaca dan bacalah apa sahaja bahan yang anda suka tak kira majalah, novel, surat kabar, dan sebagainya. Gunakan masa yang terluang dengan membaca tak kira samada ketika anda sedang menunggu bas, sambil menidurkan anak, ditempat kerja, sambil berehat diserambi rumah, dalam teksi atau bas atau dimana sahaja.

4) Tidurlah jikalau letih kerana ia dapat merehatkan dan memulihkan jiwa yang sakit. Carilah masa untuk melelapkan mata walau pun sesibuk mana.

5) Jangan bersendirian jika anda sedang menghadapi tekanan emosi. Carilah teman untuk bercerita dan meluahkan perasaan walaupun hanya sekadar berbual di telefon.

6) Mencurahkan dan menerima kasih sayang adalah penawar terbaik terutama dari suami serta anak-anak. Jika anda belum berkeluarga bermanjalah dengan anak saudara atau orang yang ambil berat tentang diri anda. Ia mampu meredakan jiwa yang tertekan.

7) Nikmati makan malam yang indah dan menyeronokkan bersama teman-teman. Ia mungkin dapat membantu meringankan masalah yang dihadapi.

8) Manjakan diri anda dengan mandian buih yang beraroma samada dirumah ataupun di spa atau salon. Urutan juga dapat membantu anda meredakan tekanan.

9) Beriadah mengeluarkan peluh mampu melerai kekusutan di jiwa.

10) Lakukan aktiviti harian yang anda gemari seperti menanam pokok bunga, menghias rumah, menjahit, melukis, membuat kraftangan dan sebagainya.

11) Menonton TV atau video yang bercorak jenaka atau hiburan, bermain permainan video, membaca komik berbentuk jenaka atau melayari internet.

12) Jika berkemampuan melancunglah samada dalam atau luar negara dan hayati keindahan alam semula jadi atau melakukan aktiviti lasak bersama kawan-kawan seperti seperti memanjat gunung, berkemah didalam hutan, aktiviti snorkeling dan menyelam skuba dan sebagainya.

13) Sesekali hargai diri anda seperti keluar menjamu selera dengan makanan kegemaran anda di tempat-tempat yang eksklusif dalam suasana yang romantis bersama orang yang anda sayangi.

14) Hargai keindahan alam semesta yang dijadikan Tuhan. Renunglah kelangit biru dan hayatilah keindahan malam terutama ketika bulan mengambang dan bintang bertaburan. Sentiasa mensyukuri keatas nikmat yang Allah kurniakan kepada diri anda.


15) Jikalau anda merasa marah dan kecewa terhadap sesuatu perkara yang tidak dapat dileraikan, cuba cari teman yang boleh memberi sokongan moral dan minta nasihat serta pandangan mereka.

16) Berusaha menegur sapa orang disekeliling anda. Senyumlah selalu dan jangan berlagak sombong walau pun anda tidak mengenali orang tersebut.

17) Jangan letakkan sesuatu matlamat atau kejayaan yang terlalu tinggi yang anda rasa tidak mampu untuk dicapai. Kekecewaan akan lebih memburukkan lagi keadaan diri anda yang sedia tercalar.

No comments:

Doa Memohon Kerahmatan Allah

Tasbih, Tahmid & Takbir

Menghitung hari............

HARI ISTIMEWA

thanks..

JellyMuffin.com - The place for profile layouts, flash generators, glitter graphics, backgrounds and codes