السلام عليكم ورحمة الله

HAPPY FAMILY

Nama Anak2ku sayang....

Maksud nama2 anak kami......

BIL

NAMA ANAK

MAKSUDNYA

1

HANA

Kebahagiaan, Rezeki tanpa kepayahan

2

BATRISYIA

Cerdik/ Pintar

3

HASYA

Kesempurnaan

4

BASIIRAH

Yang bijak / Pengetahuan

5

HASIIB

Berketurunan Mulia

6

BASYIRIIN

Yang memberi Berita Baik

7

HUSNA

Yang lawa / Yang Baik / Salehah/ Bernilai

8

BASYIIRAH

Penyampai Berita Gembira

PERMATA HATIKU


Slideshow

CALENDAR SEPANJANG TAHUN

LAGU DAKWAH

29 Nov 2008

nak kurus!!!!!!!!!

SAGB
Apakah itu SAGB?



SAGB adalah nama singkatan bagi Swedish Adjustable Gastric Band merupakan salah satu teknik pembedahan laparoskopik mengurangkan berat badan terutamanya bagi mereka yang mengalami masalah morbid obesiti.

SAGB atau prosedur gegelung gastric laparoskopik boleh laras membabitkan pembedahan meletakkan gegelung silikon penyekat disekeliling perut seperti punjut kecil. Ini bererti anda akan berasa kenyang walaupun hanya makan sedikit dan pengambilan makanan anda dihadkan.

Pembedahan laparoskopik SAGB adalah pembedahan paling selamat dengan masa pemulihan terpantas. Kehilangan berat badan andara empat hingga lima kilogram daripada berat asal dapat dilihat dalam tempoh sebulan pertama dan kadangkala berlaku penurunan sebanyak enam hingga 30 kilogram!

Siapakah calon yang sesuai? Calon terbaik adalah mereka yang dikategorikan sebagai morbid obesiti . Morbid obesiti bermaksud individu yang memiliki Indeks Jisim Tubuh (BMI) melebihi 37.5 dimana diperingkat ini senaman, pil langsing dan kaedah menyedut lemak mungkin bukan pilihan terbaik untuk kurus.

Individu yang dikategorikan sebagai obes kelas 2 iaitu yang berpenyakit seperti kencing manis dan darah tinggi dan obes kelas 3 iaitu mempunyai faktor fizikal yang terlalu gemuk hingga sukar untuk melakukan senaman, dinasihatkan melakukan kaedah pembedahan ini kerana ia adalah cara yang terbaik untuk merawat mereka yang mengalami masalah obesiti berpenyakit.

Berapa lamakah pembedahan ini berlangsung? Ia mengambil masa sekitar satu jam setengah sahaja dan boleh kembali bekerja selepas tiga hingga lima pembedahan. Dalam pembedahan ini, bahagian atas perut akan dicerut menghasilkan pangkal perut yang kecil dan bahagian perut bawah yang besar seperti biasa. Kedua-dua bahagian disambung melalui ruang saluran kecil. Makanan akan melalui ruang ini dari bahagian atas perut dengan lebih perlahan, menyebabkan rasa kenyang lebih lama.

Gegelung ini boleh dilaraskan kerana bahagian permukaan dalamnya boleh diisi dengan larutan bergaram atau dikempiskan untuk mengubah saiz ruang seperti gelung tekanan darah. Ia disambungkan menerusi tiub ketakungan larut garam yang diletakkan dibawah kulit dan lemak ketika pembedahan.

Apakan kelebihan pembedahan SAGB berbanding dengan pembedahan-pembedahan lain?
1) Tidak akan merasa lapar dengan cepat.
2) Tidak melibatkan sebarang pemotongan perut atau usus.
3) Tiada risiko kebocoran usus.
4) Band yang digunakan boleh dilaraskan mengikut kadar penurunan berat badan, iaitu diketatkan atau dilonggarkan.
5) Band tidak karat kerana dibuat dari bahan silikon dan tidak memberikan kesan buruk pada tubuh badan.
6) Jika pesakit merasa tidak selesa band tersebut boleh dibuang atau digantikan band baru.

Kos pembiayaan untuk pembedahan SAGB? Kos paling minima ialah RM8,500. Ia tidak dibiaya atau disubsidi oleh kerajaan.

Prof. Jasmi Ali Yaakub,
Pakar Bedah Am & Minimally Invasif Surgeri,
Jabatan Surgeri,
Hospital HUKM


Sumber: Majalah Harmoni.

No comments:

Doa Memohon Kerahmatan Allah

Tasbih, Tahmid & Takbir

Menghitung hari............

HARI ISTIMEWA

thanks..

JellyMuffin.com - The place for profile layouts, flash generators, glitter graphics, backgrounds and codes