Ramai antara kita yang beranggapan bahawa menikmati hidangan berat pada lewat malam akan membantu tidur yang nyenyak. Tidak hairanlah jika ada yang sanggup memandu ke restoran mamak atau ke restoran pandu lalu (McD) semata-mata untuk mengisi perut.
Hakikatnya, makanan yang diambil sebelum tidur akan terkumpul didalam perut. Jika makanan yang diambil itu penuh kandungan karbohidrat, tubuh manusia berkemungkinan besar tidak akan mengubah semua itu menjadi tenaga.
Sekiranya kita mendapat cukup keperluan karbohidrat pada waktu siang, menikmati hidangan berat sebelum tidur hanya akan menambahkan kalori yang tidak diperlukan kedalam diet.
Apabila tidur tubuh manusia berubah kepada mod 'memulih dan menyimpan'. Maka jika seseorang tidak cukup aktif sepanjang waktu siang, tubuhnya akan cepat menukarkan makanan tersebut menjadi lemak. Ini akan membuatkan berat anda bertambah dalam jangka waktu yang singkat. Jadi, elakkan makan terlalu lewat (makan sekurang-kurangnya 3-4 jam sebelum tidur).
sumber: mingguan malaysia
CALENDAR SEPANJANG TAHUN
LAGU DAKWAH
29 Nov 2008
makan sebelum tidur
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment