السلام عليكم ورحمة الله

HAPPY FAMILY

Nama Anak2ku sayang....

Maksud nama2 anak kami......

BIL

NAMA ANAK

MAKSUDNYA

1

HANA

Kebahagiaan, Rezeki tanpa kepayahan

2

BATRISYIA

Cerdik/ Pintar

3

HASYA

Kesempurnaan

4

BASIIRAH

Yang bijak / Pengetahuan

5

HASIIB

Berketurunan Mulia

6

BASYIRIIN

Yang memberi Berita Baik

7

HUSNA

Yang lawa / Yang Baik / Salehah/ Bernilai

8

BASYIIRAH

Penyampai Berita Gembira

PERMATA HATIKU


Slideshow

CALENDAR SEPANJANG TAHUN

LAGU DAKWAH

29 Nov 2008

kegemukan mempengaruhi kesuburan


Kegemukan dikatakan boleh merendahkan peluang anda untuk menjadi seorang bapa. Kajian menemui kaitan antara berat badan lelaki dengan kualiti spermanya. Kualiti dan kuantiti sperma dikatakan menjadi rendah jika berbadan gemuk. Seseorang yang mencapai BMI melebihi 30 adalah dikategorikan sebagai obes dan kajian mendapati jumlah sperma yang dihasilkan tidak mencukupi untuk proses persenyawaan.

Jika berlaku persenyawaan, kemungkinan berlaku keguguran adalah besar kerana sperma yang dihasilkan kurang berkualiti. Keadaan ini bukan sahaja berlaku terhadap lelaki yang terlalu gemuk bahkan kepada kaum lelaki yang sederhana gemuk. Kajian menunjukkan bahawa jumlah lelaki yang kurang subur kian meningkat seiring dengan bertambahnya jumlah lelaki yang mengalami masalah kegemukan.

Kegemukan sering dikaitkan dengan gangguan ereksi di samping gangguan seksual yang lain. Pasangan yang mengalami masalah fizikal iaitu masalah obesiti akan juga mengalami masalah mental disebabkan keadaan fizikal yang tidak selesa dan ini turut mencetuskan gangguan terhadap hubungan seksual suami isteri.

Perut buncit memang sinonim dengan kegemukan dan sarang penyakit terutama sakit jantung, kencing manis, strok dan darah tinggi. Penyakit jantung dan strok merupakan punca kematian yang paling tinggi berbanding kanser.

Kegemukan dikalangan lelaki biasanya terjadi lebih awal seawal usia 25 tahun. Manakala wanita pula setelah memasuki usia 40an atau apabila mengalami proses menopous.

Kegemukan berkait dengan pelbagai gangguan atau penyakit. Antaranya:
- gangguan metabolisma
- gangguan hormon
- runsing dan tekanan perasaan
- masalah pergerakan dan gaya hidup yang tidak aktif
- penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, sakit jantung
- rasa rendah diri (lack of self confidence)
- sakit kepala dan migrane yang berterusan
- sakit lutut, tapak kaki jika terlalu banyak bergerak
- tidak cukup tidur atau tidur yang sering terganggu
dan banyak lagi yang disebabkan oleh tubuh yang gemuk.

Oleh itu anda haruslah mengamalkan cara hidup yang aktif dan sihat supaya masalah-masalah yang disebabkan oleh kegemukan dapat dielakkan.

No comments:

Doa Memohon Kerahmatan Allah

Tasbih, Tahmid & Takbir

Menghitung hari............

HARI ISTIMEWA

thanks..

JellyMuffin.com - The place for profile layouts, flash generators, glitter graphics, backgrounds and codes