السلام عليكم ورحمة الله

HAPPY FAMILY

Nama Anak2ku sayang....

Maksud nama2 anak kami......

BIL

NAMA ANAK

MAKSUDNYA

1

HANA

Kebahagiaan, Rezeki tanpa kepayahan

2

BATRISYIA

Cerdik/ Pintar

3

HASYA

Kesempurnaan

4

BASIIRAH

Yang bijak / Pengetahuan

5

HASIIB

Berketurunan Mulia

6

BASYIRIIN

Yang memberi Berita Baik

7

HUSNA

Yang lawa / Yang Baik / Salehah/ Bernilai

8

BASYIIRAH

Penyampai Berita Gembira

PERMATA HATIKU


Slideshow

CALENDAR SEPANJANG TAHUN

LAGU DAKWAH

29 Nov 2008

get well soon........ sayang...........!!!!!!!!!!!!

Nama-nama orang Jepun

Korang tau tak yang orang Jepun suka buat lawak? Kadang-kadang lawak diorang tu sampai ke tahap yang kita sendiri tak boleh nak terima. Yang latest aku tengok dalam siri realiti TV, diorang buat lawak, permainan senyap di library.

Dalam library tu, meja tengah diduduki oleh 6 orang peserta. Tempat lain macam biasa, ada orang baca buku di meja, ada orang cari buku di rak buku, dan ada penjaga library yang duduk di kaunter. Macam library biasa.

Di meja tengah tadi, satu ayat dipaparkan tentang hukuman yang akan diterima oleh insan malang. Contoh ayatnya ialah seperti “Cabut bulu hidung”, “Telinga digigit oleh orang tua”, “Dipukul di punggung”, “Sedut udara busuk”, “Makan roti berkulat”, dan sebagainya. Tak ke lawak bangang macam tu?

Dalam suasana perpustakaan yang senyap sunyi, peserta akan cabut undi (diorang pun kena senyap). Undi dibuka serentak, di mana semua orang akan mendapat tanda “Selamat” kecuali seorang.

Seorang itu adalah insan malang pada pusingan tersebut di mana dia akan mendapat tanda “Mampus!” dengan lambang tengkorak berwarna merah tertera di belakang kad undi itu.

Dalam suasana senyap sunyi itu juga, hukuman akan dijalankan oleh para peserta yang selamat. Bayangkan mencabut bulu hidung tapi dalam keadaan senyap. Aduhhhh, seksanya! Semua orang tahan nak tergelak.

Yang telinga digigit oleh orang tua tu, tetiba jer ada pakcik tua kerepot masuk dalam library tu. Sampai kat meja, dia cabut semua gigi palsunya (yek, geli). Pastu terus dia gigit telinga insan malang tu dari belakang. Sampai terjerit mamat tu. Semua orang suruh senyap.

Yang dipukul di punggung pula, insan malang tu kena bertonggeng kat atas meja, muka mengadap ke depan. Dalam semua orang tengah senyap tu, datanglah seorang mamat bawak kayu besbol.

Tanpa pengetahuan insan malang tersebut, mamat tu sebat punggung insan malang tu sekuat hati. Auwwwwww! Mamat tu terus lari. Bila ditanya, semua orang tak mengaku. Sakit yang amat! (hey bangang betul diorang nih)

Kesimpulannya, aku nak tunjuk nama-nama orang Jepun dalam gambar di bawah ini, yang tak kurang kelakarnya:

Nama-nama orang Jepun

Dari kiri (kononnyer). Cuba perhatikan nama diorang. :twisted:

  1. KEJI CACIMAKI - seorang pemarah;
  2. SATO SUKAMURA - seorang yang tak suka barang mahal;
  3. KITA TADASUARA - seorang bisu;
  4. NANACHI HITOSE - minat giler makan tose;
  5. APO NADIKATO - minat lagu blues;
  6. ASIKO ULANGKAJI - suka belajar dan mengulangkaji pelajaran;
  7. WAKASI HURUHARA - selalu bikin ribut;
  8. MATIMATI TAMOKASI - seorang yang masih bujang; dan
  9. ASIKO GILOBETINOKO - seorang yang asyik berbini.

Agak-agak apa maksud nama-nama diorang ni dalam bahasa Jepun? Kalau aku, aku tak kisah apa nama diorang ni.

Yang penting kalau aku ni seorang pengarah filem, dah lama aku ambik diorang semua ni berlakon filem “Sepet!” Mesti berebut orang nak tengok citer aku tu…

Apa pun, kita sebagai orang Islam, mestilah tahu yang mana haq dan yang mana batil. Yang baik boleh dijadikan tauladan. Yang tak baik, jadikan sempadan.

Sekian, wallahu a’lam.

P/s: Gambar di atas hanya sebagai hiasan sementara. Nama-nama di atas pula hanyalah sekadar hiburan duniawi. Tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun mati.

Koleksi petua kecantikan turun temurun

Petua-petua di bawah ini adalah petua turun temurun yang diceritakan oleh rakan-rakan. Aku kumpul dan compile jadi satu, senang nak rujuk kemudian hari. Mungkin ada yang dah pernah mengamalkannya. Apa salahnya kita berkongsi.

Sebelum aku teruskan, ada satu pesanan. Kalau tak yakin, jangan ikut. Petua-petua ini tidak mendapat pengiktirafan dari badan-badan kecantikan dunia. Hanya mendapat ‘pengiktirafan’ dari nenek moyang sahaja. Amalkan di bawah risiko anda sendiri.

Kurangkan peluh di wajah
Basuh wajah hingga bersih kemudian lap hingga kering. Seterusnya ambil ketulan ais dan lumurkan ke wajah anda hingga beberapa minit. Tunggu sehingga kering dan kenakan solekan pada wajah seperti biasa. Peluh di wajah akan berkurangan dan wajah anda kelihatan bersih berseri-seri.

Buah pinang atasi kegemukan
Masalah gemuk dan badan berlemak memang merunsingkan. Ada cara untuk mengatasinya. Buah pinang muda yang lembut dibelah dua lalu dicuci sebersih-bersihnya. Masak air dalam belanga. Rebus pinang muda hingga mendidih. Biarkan air rebusan pinang muda sejuk sebelum meminum airnya. Kesannya anda rasa lebih mudah membuang air besar dan semua lemak di dalam perut akan keluar melaluinya.

Melembabkan wajah
Sepotong tembikai yang masak dan sejuk diperah untuk mendapatkan jusnya. Tapis dan simpan jus tembikai di dalam bekas. Pupuk perlahan-lahan hampas tembikai ke seluruh wajah dan leher. Biarkan sehingga kering lalu percikkan sedikit air sejuk. Petua ini dipercayai dapa melambatkan proses penuaan dan menjadikan kulit awet muda.

Nenas putihkan kulit
Ambil bahagian dalam nenas yang keras (palu) lalu digosokkan pada kulit badan. Bilas tubuh sebersih-bersihnya. Amalkan setiap pagi dan petang. Insya-Allah, kulit akan menjadi putih dan berseri.

Rambut selembut sutera
Untuk memperolehi rambut selembut sutera serta mudah disisir, amalkan cara ini. Sekiranya anda bercadang membasuh rambut pada keesokan hari, lurutkan rambut dengan minyak bijan sebelum tidur. Keesokan harinya syampu rambut dan bilas sehingga bersih. Lap rambut anda sehingga kering lalu dirapikan dengan menggunakan minyak bayi atau minyak zaitun. Jika anda berambut lurus, anda boleh menyikat terus rambut anda sebaliknya bagi anda yang berambut kerinting biarkan seketika barulah disikat agar rambut tidak terputus dan bercabang.

Hilangkan bulu ketiak
Tumbuk lumat 15 biji jintan putih bersama lima butir kapur barus. Campurkan sedikit minyak tanah lalu disapukan pada bahagian ketiak. Lakukan beberapa kali. Insya-Allah, bulu ketiak akan hilang selepas mengulanginya beberapa kali.

Kulit cantik dan putih
Inginkan kulit cantik dan putih? Anda boleh lakukan sendiri di rumah tanpa perlu ke salun kecantikan. Caranya sangat mudah iaitu dengan hanya mengisarkan 1 cawan kelopak bunga mawar, 1 cawan kelopak bunga melur, 1/2 cawan oatmeal, 1 cawan susu putih, dan 1/2 cawan badam sehingga halus. Campurkan bahan yang telah dikisar ke dalam air mandian dan mandi seperti biasa. Seterusnya bersihkan tubuh anda dengan menggunakan air suam.

Selamat mencuba! :)

Wallahu a’lam.

3 keadaan istinjak dengan batu tidak sah

Batu sebagai salah satu alat istinjak Istinjak bermaksud menyucikan diri daripada najis. Soal sah atau tidak sah dalam bab istinjak sebenarnya tidak timbul.

Ini kerana istinjak yang tidak sempurna menyebabkan seseorang itu tidak suci, bukannya suatu yang boleh diukur samada sah atau pun tidak.

Proses istinjak boleh dilakukan menggunakan 2 kaedah, iaitu yang pertama menggunakan air dan yang kedua menggunakan benda kesat seperti batu.

Namun, terdapat 3 keadaan istinjak dimana menggunakan batu adalah tidak dibolehkan. Keadaan ini ialah:

  1. Najis cair yang meleleh;
  2. Keluar sesuatu benda yang sempurna sifatnya; dan
  3. Lelaki yang air kencingnya meleleh sehingga terkena batang zakar.

Penerangan Terperinci
Terdapat 3 keadaan di mana istinjak dengan batu tidak dibolehkan. Ini bermakna istinjak menggunakan batu bagi ketiga-tiga keadaan ini adalah tidak menyucikan.

Akibat daripada tidak menyucikan ini, bermakna jika cara ini digunakan juga, ibadah solat seseorang itu adalah tidak sah, kerana dia tidak suci daripada najis.

Ini juga bermakna, dalam 3 keadaan ini, seseorang itu mesti mendapatkan air mutlak untuk beristinjak. Air mutlak bermaksud air yang suci lagi menyucikan.

Air yang suci lagi menyucikan (selain daripada air laut) ialah air yang kita sanggup untuk minum.

Sebagai contoh, sekiranya sesuatu punca air itu (seperti air perigi lama) kita tidak tergamak untuk meminumnya, mungkin kerana baunya yang busuk atau pun warnanya yang keruh, air itu tidak dikira sebagai air mutlak.

Baiklah, berbalik kepada topik asal.

Keadaan pertama ialah najis cair yang meleleh. Keadaan seperti ini adalah seperti cirit birit. Cirit birit yang (sebagai contoh) meleleh ke kawasan dubur dan seterusnya ke kawasan peha, mestilah dicuci dengan air mutlak.

Secara logiknya, mustahil untuk kita mengesat batu ke seluruh kawasan peha itu, dengan harapan kesan-kesan najis cair itu akan terhapus daripadanya. Mungkin menyakitkan!

Keadaan kedua pula ialah apabila terkeluar sesuatu yang sempurna sifatnya dari dubur. Sebagai contoh, terkeluar cacing yang hidup, atau pun terkeluar sebiji buah yang sempurna sifatnya, atau pun nasi yang tidak hadam, dan sebagainya.

Keadaan ketiga ialah orang lelaki yang air kencingnya meleleh sehingga terkena pada batang zakar. Sekiranya najis tersebut hanya mengenai kepala zakar tersebut, ia dimaafkan dan tidak termasuk dalam 3 keadaan ini.

Perbandingan logik akal bagi keadaan kedua dan ketiga juga boleh disamakan dengan keadaan yang pertama tadi.

Fakta tambahan bab istinjak
Seandainya najis keluar dalam keadaan keras, tidak terkena pada dubur, seseorang itu tidak perlu istinjak. Boleh terus bangun, pakai seluar dan pergi kerja. Walau pun kedengaran lucu, begitulah yang dinyatakan dari kitab yang dirujuk (lihat di bawah).

Selain daripada mengambil batu untuk dikesatkan pada dubur atau qubul, seseorang itu juga boleh mengambil dubur atau qubul itu sendiri untuk dikesatkan pada permukaan bahan istinjak itu, seperti dinding, batu besar, tiang, dan sebagainya.

Proses istinjak menggunakan batu tidak diwajibkan dikesat 3 kali. Walau sekali kesat pun, seandainya diyakini bersih, tidak perlu lagi diulang untuk kali kedua.

Wallahu a’lam.

Ketahui hikmah solat untuk tingkat khusyuk, kerajinan

Ibadah solat mengandungi pelbagai jenis hikmah dan rahsia. Hikmah dan rahsia ini termasuklah didikan, asuhan, faedah, dan tujuan. Amat tinggi nilainya terhadap orang yang melaksakannya.

Dengan mengetahui hikmah yang terdapat dalam solat, kita akan berasa begitu bertuah dan bahagia sekali kerana dapat menerima kurniaan anugerah solat daripada Allah s.w.t, yang merupakan ibadah yang cukup berharga.

Dengan itu kita akan mencintai ibadah ini dengan sepenuh rela hati dan bukanlah dengan perasaan berat atau merasakannya sebagai suatu bebanan.

Hikmah-hikmah yang dimaksudkan ialah:

  1. Mengingati Tuhan, pencipta alam;
  2. Menghalang perbuatan keji dan mungkar;
  3. Melahirkan ketenangan jiwa;
  4. Mendidik akhlak mulia;
  5. Menyucikan zahir dan batin;
  6. Mengekalkan kesihatan tubuh badan;
  7. Melatih disiplin diri;
  8. Melahirkan semangat bersatu padu;
  9. Meningkatkan taraf ekonomi;
  10. Mendapat ilmu politik Islam; dan
  11. Menjadi tanda kesyukuran dan keimanan.

Mengingati Tuhan, pencipta alam
Ibadah solat akan mengingatkan seorang hamba kepada penciptanya, Allah. Firman Allah s.w.t dalam surah Toha ayat 14 yang bermaksud,

Dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku.

Ingatan kepada Allah ini akan menimbulkan perasaan takut dan tunduk taat kepada-Nya dan juga akan menimbulkan perasaan mengagung dan membesarkan-Nya dengan sepenuh hati tanpa ada tandingan lagi.

Menghalang perbuatan keji dan mungkar
Solat juga menjadi penghalang kepada perlakuan-perlakuan buruk dan keji. Firman Allah dalam surah Al-Ankabut ayat 45 yang bermaksud,

Dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari angara keji dan perbuatan durjana, dan sesungguhnya mengingati Allah itu adalah lebih besar (faedah dan kesannya), dan (ingatlah) Allah mengetahi apa yang kamu kerjakan.

Dengan mengadap Allah sekurang-kurangnya lima kali sehari semalam akan menimbulkan rasa kehebatan, kebesaran dan keagungan Allah serta merasa gerun dan takut terhadap kemurkaan-Nya. Hal ini sudah cukup untuk menjadi pengawal kepada segala kejahatan dan pencegah semua jenis kemungkaran.

Melahirkan ketenangan jiwa
Selain itu, ibadah ini mampu melahirkan ketenangan jiwa, ketenteraman fikiran, hati yang tabah, damai lagi pemurah. Firman Allah dalam surah Al-Maarij ayat 19 hingga 23 yang bermaksud,

Sesungguhnya manusia itu diciptakan bertabiat keluh kesah (lagi kikir). Apabila dia ditimpa kesusahan, dia sangat berkeluh kesah, dan apabila dia beroleh kesenangan, dia amat kikir, kecuali orang-orang yang bersolat, yang adalah mereka itu terus berkekalan melaksanakan solat mereka itu.

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud,

Dijadikan penyenang mata (hati)ku dalam solat
(Hadith Riwayat Ahmad, an-Nasai, al-Hakim dan al-Baihaqi daripada Anas bin Malik).

Mendidik akhlak mulia
Perbuatan dan bacaan dalam solat mampu mendidik dan mengasuh seseorang untuk berakhlak mulia seperti ikhlas, bersopan santun, baik tutur kata, dan menjaga maruah diri.

Akhlak sebegini secara tidak langsung memberi rasa malu kepada seseorang itu untuk mendedah aurat di khalayak ramai.

Dengan demikian akan menghasilkan insan yang berperibadi lurus, merendah diri, tidak angkuh, tidak sombong, mesra, harmoni, taat dan mempunyai sifat-sifat mulia yang lain.

Menyucikan zahir dan batin
Solat melatih diri seseorang supaya sentiasa besih zahir dan batin. Suci dari kekotoran luaran dan suci dari kekotoran dalaman seperti khianat, riak, ujub (sombong) dan lain-lain lagi.

Kemurnian jiwa raga itu adalah diperolehi daripada pembersihan hati dari syirik khafi dan jali serta kewajipan bersuci dari hadas dan najis.

Mengekalkan kesihatan tubuh badan
Ibadah solat mementingkan penjagaan kebersihan. Ibadah ini juga menghasilkan pergerakan tubuh badan.

Gabungan kebersihan dan pergerakan boleh membantu mengekalkan kesihatan, melancarkan perjalanan darah, dan juga menggerakkan serta menyegarkan urat saraf. Hal ini dapat memberi kecergasan kepada tubuh badan.

Melatih disiplin diri
Ibadah solat melatih kehidupan yang berdisiplin dan mengikut peraturan melalui penjagaan waktu solat, berbaris dalam saf dan kewajipan mengikut imam;

Melahirkan semangat bersatu padu
Melalui solat berjemaah dan solat Jumaat, semangat perpaduan, bekerjasama dan mahabbah dapat ditanam dan dipupuk.

Semangat sebegini menjadi pemangkin kepada kelahiran sesebuah masyarakat yang kuat, maju, bahagia dan damai.

Meningkatkan taraf ekonomi
Secara tidak langsung, solat juga akan mengheret umat Islam supaya berkecimpung dalam kegiatan-kegiatan ekonomi.

Dalam mendirikan ibadah solat, kita diwajibkan menutup aurat. Kita menutup aurat dengan menggunakan pakaian.

Penghasilan pakaian memerlukan kepada penanaman kapas, penyediaan peralatan-peralatan pertanian, kilang-kilang memproses kapas, dan sebagainya untuk dijadikan kain.

Untuk meningkatkan penghasilan pakaian misalnya, memerlukan emahiran, ilmu pengetahuan, sains dan teknologi.

Begitu juga akan halnya dengan peluang pekerjaan, peluang usahawan, yang mana sama-sama menjadi aset kepada kemakmuran rakyat, kestabilan ekonomi umat Islam, serta keutuhan negara.

Mendapat ilmu politik Islam
Melalui kewajipan berjemaah dalam solat, umat Islam telah diajar sistem politik pemerintahan Islam.

Dalam solat berjemaah, makmum diwajibkan mengikut imam serta menegurnya apabila terlupa atau tersalah.

Dalam sebuah negara pula rakyat diwajibkan mentaati pemerintah tanpa boleh menderhakainya selagi tidak melanggar perintah Allah.

Menurut didikan berjemaah rakyat hendaklah menegur dan mengkritik secara membina terhadap pemerintah apabila terdapat penyelewengan atau kesilapan di dalam pemerintahannya.

Sementara di pihak pemerintah pula wajib menerima teguran dengan bijaksana daripada rakyat, tidak boleh bersifat diktator dan kuku besi.

Sekiranya hikmah solat diamalkan oleh kedua-dua belah pihak, saya percaya tidak akan timbul sebarang tentangan, pemberontakan dan huru hara.

Dengan demikian barulah akan tercapailah hasrat untuk mewujudkan sebuah negara yang disebut oleh Allah dalam surah Saba’ ayat 15 yang bermaksud,

Negara yang baik dan (direstui oleh) Tuhan yang Maha Pengampun.

Menjadi tanda kesyukuran dan keimanan
Solat adalah tanda kesyukuran dan tanda keimanan kepada Allah. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud,

Setiap sesuatu itu ada tandanya, dan tanda iman itu ialah solat.

Kesimpulan
Banyak lagi hikmah-hikmah yang terkandung dalam ibadah solat, sama ada yang dapat kita ketahui atau pun tidak.

Cukuplah dengan apa yang telah disebutkan itu untuk menjadi rangsangan kepada kita agar mencintai ibadah solat.

Penutup
Matlamat hikmah solat tersebut tidak akan terhasil sekiranya seseorang yang mengerjakan solat itu tidak mengerti, tidak memahami dan tidak berusaha berusaha bersungguh-sungguh untuk menghayati dan merealisasikan hikmah ini dalam kehidupan.

Akibatnya jadilah solat sebagaimana yang telah disabdakan oleh Nabi s.a.w yang bermaksud,

Betapa ramai orang yang mendirikan solat (tetapi) habuan dari solatnya hanyalah penat lelah dan letih lesu jua
(Hadith riwayat an-Nasai).

Sabdanya lagi yang bermaksud,

Sesiapa yang solatnya tidak dapat menghalangnya dari mengerjakan perbuatan keji dan mungkar, (bererti) dia bukan bertambah (dekat) dengan Allah melainkan dia semakin bertambah jauh (daripada Allah)
(Hadith riwayat Ali bin Mabad dan juga at-Tabrani).

Itulah di antara hikmah-hikmah dan rahsia-rahsia solat. Semoga dengan mengetahui dan mengerti hikmah dan rahsia solat, akan membuatkan kita bertambah cinta terhadap ibadah ini dengan taufiq, hidayah dan inayah Allah s.w.t, dan seterusnya akan menjadikan kita khusyuk dalam menunaikannya.

Dengan itu insya-Allah kita akan termasuk dalam golongan yang telah disebutkan oleh Allah s.w.t dalam firman-Nya yang bermaksud,

Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (iaitu) orang-orang yang khusyuk dalam solat mereka
(Surah Al-Mukminun ayat 1 dan 2).

Dan juga satu lagi firman-Nya yang bermaksud,

Maka dirikanlah solat (yang menjadi tiang agama), sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya
(Surah An-Nisa’ ayat 103).

Rujukan: Kitab Fiqh Solah

Wallahu a’lam.

10 sifat peribadi yang mesti dipupuk

Sifat peribadi yang luhur merupakan aset penting dan berharga dalam kehidupan seseorang. Ia menjamin kehidupan yang indah dan bahagia tidak kira lelaki mahupun wanita.

Tidak semua di kalangan kita memiliki sifat mulia yang luhur ini sejak azali.

Sebab itu ia harus dipupuk supaya sebati di dalam diri kita dalam menjalani kehidupan seharian.

Hayati 10 sifat peribadi luhur di bawah, tanamkan ke dalam hati sanubari, lalui kehidupan yang lebih bahagia…

  1. Tulus
  2. Rendah diri
  3. Setia
  4. Berfikiran positif
  5. Perwatakan ceria
  6. Bertanggungjawab
  7. Percaya kepada diri sendiri
  8. Pemaaf
  9. Mudah berkira
  10. Empati

Tulus
Tulus atau ‘transparent‘ merupakan sifat yang paling disukai oleh semua orang. Ketulusan akan membuatkan orang lain berasa aman dan dihargai dengan kehadiran kita.

Orang yang tulus tidak akan memperbodoh atau berbohong apabila berkata-kata. Sebaliknya sentiasa menyatakan kebenaran, tidak suka mengada-ngada, berpura-pura, mencari-cari alasan atau memutar belitkan fakta.

Prinsip tulus ialah “berkata benar walaupun pahit”. Namun begitu, adalah lebih sempurna jika sifat tulus ini digabungkan dengan kebijaksanaan. Supaya ketulusan tidak menjadi penyebab yang boleh merugikan diri sendiri.

Rendah diri
Bukan rendah diri di atas kelemahan, tetapi merendah diri kerana kehebatan dan kekuatan. Inilah yang sukar manusia lakukan. Hanya orang-orang yang berjiwa kental mampu bersikap rendah diri. Ibarat padi yang semakin berisi semakin menunduk.

Orang yang bersikap rendah diri mampu mengakui dan menghargai keunggulan orang lain. Sikap sebegini mampu memberi impak terhadap dua situasi.

Pertama, membuatkan orang yang lebih tinggi pangkatnya daripada kita untuk berasa segan dengan kita.

Kedua, membuatkan orang yang lebih rendah pangkatnya daripada kita untuk tidak merasa kekok apabila berinteraksi dengan kita. Hebat bukan?

Setia
Kesetiaan merupakan satu sifat yang tinggi nilainya. Orang yang setia sentiasa dipercayai dan boleh diharap, selalu menepati janji, mempunyai komitmen yang tinggi, rela berkorban dan tidak berkhianat.

Berfikiran positif
Orang yang bersikap positif sentiasa berusaha melihat segala sesuatu dengan pandangan positif, meskipun dalam situasi yang buruk.

Orang sebegini lebih suka membicarakan kebaikan daripada keburukan orang lain, lebih suka membicarakan tentang harapan daripada kekecewaan, lebih suka mencari penyelesaian daripada berputus asa, lebih suka memuji daripada mengecam, dan sebagainya.

Berperwatakan ceria
Bukan semua orang dianugerahi wajah yang ceria. Oleh itu keceriaan tidak harus dinilai dari ekspresi wajah dan tubuh tetapi sikap dalaman (hati).

Orang yang ceria adalah orang yang dapat menikmati hidup, tidak suka mengeluh dan selalu berusaha meraih kegembiraan. Dia juga mampu mentertawakan situasi, orang lain, juga dirinya sendiri. Dia mempunyai potensi untuk menghibur dan mendorong semangat orang lain.

Bertanggungjawab
Orang yang bertanggungjawab akan melaksanakan kewajipannya dengan bersungguh-sungguh.

Andai melakukan kesalahan, dia berani mengakuinya. Ketika mengalami kegagalan, dia tidak akan mencari kambing hitam untuk disalahkan.

Bahkan kalau dia merasa kecewa dan sakit hati, dia tidak akan menyalahkan siapapun. Dia menyadari bahwa dirinya sendirilah yang bertanggungjawab atas apa pun yang dialami dan dirasakannya.

Percaya kepada diri sendiri
Rasa percaya kepada diri sendiri memungkinkan seseorang itu menerima dirinya sebagaimana yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t, menghargai dirinya dan menghargai orang lain.

Orang yang percaya kepada diri sendiri mudah menyesuaikan diri dengan lingkungan dan situasi yang baru. Dia tahu apa yang harus dilakukannya dan melakukannya dengan baik.

Pemaaf
Kebesaran jiwa dapat dilihat dari kemampuan seseorang memaafkan orang lain. Orang yang berjiwa besar tidak membiarkan dirinya dikuasai oleh rasa benci dan permusuhan.

Ketika menghadapi masa-masa sukar dia tetap tegar, tidak membiarkan dirinya hanyut dalam kesedihan dan kekecewaan.

Mudah berkira
Orang yang mudah berkira menganggap hidup ini ringan. Dia tidak suka membesar-besarkan masalah kecil. Bahkan berusaha mengecilkan masalah-masalah besar.

Dia tidak suka mengungkit masa lalu dan tidak mahu khuatir dengan masa depan. Dia tidak mahu memeningkan kepada dan memberi tekanan kepada diri sendiri dengan masalah-masalah yang berada di luar kawalannya.

Empati
Empati adalah sifat yang sangat mengagumkan. Orang yang mempunyai sifat empati bukan sahaja merupakan seorang pendengar yang baik tetapi juga dapat menempatkan diri di tempat orang lain.

Ketika berlaku konflik dia akan selalu mencari jalan keluar terbaik bagi kedua belah pihak. Dia juga tidak suka memaksa pendapat dan kehendaknya sendiri. Dia selalu berusaha memahami dan mengerti perasaan orang lain.

Kesimpulan
10 sifat peribadi luhur di atas sangat berharga jika dapat diadaptasi dalam hati masing-masing. Bukan mudah, tetapi berbaloi jika dapat sentiasa ditanam, dipupuk dan dirasai oleh semua orang. Cubalah!

Wallahu a’lam.

Rebutlah peluang pada kelebihan Nisfu Sya’baan

Hari nisfu sya’baan pada tahun ini akan jatuh pada hari Sabtu malam Ahad (sebaik saja masuk maghrib), 17hb Ogos 2008.

Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kepada Allah dengan baik dan sempurna, dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.

Hari nisfu sya’baan adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.

Catatan pertama yang akan dicatatkan di buku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib.

Berikut adalah antara amal ibadah di hari nisfu sya’baan:

  1. Selepas solat maghrib, buat solat sunat nisfu sya’baan 2 rakaat. Rakaat pertama baca al-Fatihah & surah al-Qadr sekali. Rakaat kedua baca al-Fatihah & surah Al-Ikhlas tiga kali;
  2. Membaca Yaasin tiga kali selepas solat Maghribnya. Selepas Yaasin pertama mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah. Selepas Yaasin kedua mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah. Selepas Yaasin ketiga mohon ditetapkan iman dan Islam serta mati di dalam iman dan pohonlah segala yang baik. Kemudian baca istighfar sebelas kali dan selawat sebelas kali. Baca doa nisfu Sya’aban (biasanya terdapat di dalam buku Yaasin);
  3. Baca surah ikhlas 1000 kali; dan
  4. Berpuasa pada siangnya (Ahad).

Antara kelebihan bulan sya’baan ialah:

  1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya’baan maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kepada nabi Allah, Yusof a.s. di dalam syurga;
  2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, sabda Nabi Muhammad s.a.w.:

    pada malam nisfu sya’baan setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman:

    adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.

Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya’baan kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka atau berdosa dengan ibubapa kita.

Abul Khair Al Talaqaani r.a. pula mengira 22 nama lain bagi malam nisfu sya’baan. Antara yang termasyhur ialah:

  1. Malam Dimustajabkan Doa;
  2. Malam Pembahagian Takdir;
  3. Malam Rahmat;
  4. Malam Berkat;
  5. Malam Pengampunan (Taubat);
  6. Malam Penebusan;
  7. Malam Syafaat;
  8. Malam Penulisan;
  9. Malam Keagungan dan Kemuliaan;
  10. Malam Rezeki;
  11. Malam Hari Raya Para Malaikat; dan
  12. Malam Penghidupan.

Jadi marilah sama-sama kita memeriahkan lagi bulan sya’baan ini dengan amal ibadah yang lebih dari kebiasaannya.

Jalanlah lupa untuk ambil kesempatan untuk berpuasa pada 15 sya’baan nanti iaitu pada hari Ahad 17 Ogos 2008 ini, kerana kita tidak tahu samada kita masih berkesempatan lagi atau pun tidak untuk bertemu dengan nisfu sya’baan pada tahu hadapan.

Jangan lupa juga untuk sebarkan kepada saudara mara dan rakan taulan. Moga-moga beroleh keberkatan dan rahmat yang tidak terhingga dari Allah s.w.t.

Wallahua’alam

Hukum meninggalkan solat

Beberapa ketika yang lalu, kita telah pun membicarakan tentang pengenalan ibadah solat.

Dalam topik tersebut, kita telah mengupas tentang pengertian dan kefardhuan solat, kedudukan dan kepentingan solat dalam Islam (bahagian 1 dan bahagian 2), serta hikmah solat.

Jadi pada kali ini eloklah kita bincang serba sedikit tentang hukum meninggalkan solat.

Orang yang meninggalkan solat fardhu adalah amat buruk dan sangat keji sekali, malahan ianya terlebih keji daripada iblis.

Ini kerana si iblis hanya enggan sujud kepada nabi Adam a.s. yang merupakan makhluk, tetapi orang yang meninggalkan solat adalah seorang yang enggan bersujud kepada Allah s.w.t yang merupakan Khaliq (pencipta).

Justeru itu, dosa meninggalkan solat itu amat besar sekali. Di Akhirat nanti seseorang yang meninggalkan solat itu akan dimasukkan ke dalam neraka.

Allah s.w.t telah menceritakan di dalam al-Quran, bahawa ahli syurga (Ashabul Yamiin) telah bertanya kepada penghuni neraka, yang bermaksud:

Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam neraka? Mereka menjawab, kami dahulu bukan daripada golongan orang-orang yang bersolat.

Daripada Abdullah bin Umar r.a. daripada Nabi s.a.w. bahawa pada suatu hari baginda menyebut tentang solat lalu baginda bersabda, yang bermaksud:

Sesiapa yang memelihara solat, nescaya solatnya menjadi nur untuknya, ketandaan (iman) dan kelepasan (dari neraka) pada hari kiamat.

Sebaliknya sesiapa yang tidak memeliharanya nescaya tiada nur baginya, ketandaan dan kelepasan.

Malahan dia adalah (dikumpulkan dalam neraka yang paling panas sekali) bersama Qarun, Fir’aun, Haman dan Ubai bin Khalaf.

(Hadis riwayat Ahmad, at-Tabrani dan Ibnu Hibban).

Daripada Jabir r.a. meriwayatkan beliau telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud:

Sesungguhnya meninggalkan solat ialah (perkara yang menghubungkan) seseorang dengan kufur.

(Hadis riwayat Ahmad dan lain-lainnya).

Ijma’ para ulama mengatakan bahawa hukum orang yang meninggalkan solat kerana ingkar terhadap kewajipannya, adalah jatuh kafir.

Namun, sekiranya seseorang itu meninggalkan solat atas sebab malas, tetapi dia tahu dia wajib solat, maka terdapat tiga pendapat ulama tentang hukumnya, iaitu:

1. Orang itu tidak menjadi kafir, tetapi dia menjadi fasik. Maka wajib atas pihak yang berkuasa bertindak menyuruhnya bertaubat kembali mengerjakan solat. Sekiranya dia enggan bertaubat maka dijalankan ke atasnya hukuman hudud, iaitu dibunuh dengan pedang.
Ini pendapat Imam Malik, Syafi’e dan jumhur ulama salaf dan khalaf.
2. Orang itu menjadi kafir. Hukumnya sama seperti orang yang ingkar terhadap kewajipannya tadi.
Ini adalah pendapat satu jemaah daripada para salaf yang diambil riwayatnya daripada Saidina Ali bin Abu Talib dan salah satu pandangan Imam Ahmad bin Hambal serta pendapat Abdullah bin al-Mubarak dan Ishak bin Rahawaih.
3. Orang itu tidak menjadi kafir dan tidak pula dibunuh, sebaliknya ditakzirkan dengan dipenjarakan sehingga dia mengerjakan solat.
Ini pula adalah pendapat Imam Abu Hanifah dan satu jemaah daripada para fuqahak Kufah dan juga pendapat al-Muzani seorang pendokong dan pengikut Imam asy-Syafi’e.

Lihat betapa besarnya solat, dan betapa besar hukum bagi seseorang meninggalkan solat.

Orang yang mahu agamanya selamat dan dirinya bahagia di dunia dan akhirat, sudah tentu dia wajib menghindarkan dirinya dari terletak di antara hukum menjadi murtad dan berdosa besar.

Wallahu a’lam.

P/s: Solatlah anda sebelum anda disolatkan.

Solat qada’ adalah hutang yang wajib dibayar

Siapa yang makan cili, dia lah yang merasa pedas. Mungkin ada yang terasa bila aku menulis tentang hukum meninggalkan solat.

Tujuannya tidak lain tidak bukan, hanyalah sebagai pengingat (tazkirah) kepada diri sendiri dan para pembaca Soleh.Net yang dirahmati Allah s.w.t sekalian.

Solat qada’ ialah solat yang dikerjakan selepas keluar dari waktunya.

Hukum qada’ solat
Meninggalkan solat fardhu atau melengah-lengahkannya tanpa apa-apa uzur hingga terkeluar dari waktunya adalah berdosa besar, dan wajib diqada’kan solat itu.

Para ulama menghukumkan wajib qada’ solat bagi orang yang meninggalkan solat dengan sengaja berdasarkan kepada orang yang ada uzur syar’ie diwajibkan qada’ solatnya oleh Nabi s.a.w. Apatah lagi orang yang tiada keuzuran syar’ie sudah tentu lebih-lebih lagi wajibnya.

Tetapi dosa itu pula tidak terhapus dengan qada’ semata-mata, mestilah disertakan dengan bertaubat kepada Allah s.w.t.

Seseorang yang meninggalkan solat fardhu pada waktunya kerana sengaja, maka wajiblah dia qada’ solatnya dengan segera.

Solat fardhu yang tertinggal kerana uzur seperti tertidur atau terlupa yang bukan kerana kecuaian maka sunat disegerakan qada’nya.

Maksud kecuaian di sini ialah seperti tidur dalam waktu dan lupa yang disebabkan oleh leka dengan perkara-perkara yang tidak dituntut oleh syarak.

Menurut Ibnu Haja al-Haitami,

Orang yang meninggalkan solat tanpa uzur, WAJIB menggunakan seluruh waktunya untuk mengerjakan qada’ solatnya kecuali waktu untuk menguruskan hajatnya yang wajib yang tidak dapat dielakkan, seperti tidur, buang air, mencari nafkah, dan sebagainya.

Haram baginya mengerjakan solat sunat sebelum diqada’kan solatnya.

Tetapi menurut Habib Abdullah al-Haddad pula,

Orang yang meninggalkan solat tadi diberi kelonggaran untuk mengerjakan qada’ solat fardhunya mengikut kemampuan dan kelapangan masanya, tanpa memberatkan dan tanpa pula meringan-ringankan kewajipan qada’ itu sendiri.

Kemudian Syed Abdul Rahman Balawi telah bersetuju dengan pendapat Habib Abdullah al-Haddad, dengan berkata,

Inilah pendapat yang terlebih utama berbanding dengan pendapat para fuqahak yang mewajibkan orang yang meninggalkan solat tadi menggunakan seluruh waktunya untuk qada’ solatnya kecuali waktu untuk menguruskan hajatnya yang wajib.

Beliau berkata demikian kerana pendapat para fuqahak tersebut amat membebankan sekali.

Cara Qada’ Solat
Adalah diwajibkan mendahulukan qada’ solat yang ditinggal tanpa uzur daripada solat tunai (solat pada waktu) sekiranya tidak dibimbangi habis waktunya.

Tetapi sekiranya solat qada’ yang ditinggal itu adalah kerana uzur maka hanya sunat sahaja mendahulukan qada’ daripada tunai.

Adalah diwajibkan juga mendahulukan qada’ solat yang ditinggal tanpa uzur daripada solat yang ditinggalkan dengan uzur.

Begitu juga wajib mendahulukan qada’ solat yang ditinggal tanpa uzur daripada solat sunat rawatib tetapi sekiranya solat qada’ yang ditinggalkan itu kerana uzur maka hanya sunat sahaja mendahulukan solat qada’ daripada solat sunat rawatib.

Kemudian lagi disunatkan qada’ solat itu menurut tertib waktu solat seperti diqada’kan Zuhur sebelu Asar, dan begitulah seterusnya.

Malahan tertib itu sunat dipelihara walaupun waktu-waktu qada’ solat itu diselangi atau terputus oleh tempoh masa yang lama.

Walau apa pun, ingatlah - hutang WAJIB dibayar. Wallahu a’lam.

Petua supaya sentiasa mahu menunaikan solat

Sebelum membuka bicara, belum terlewat kiranya untuk aku mengucapkan selamat menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak.

Dalam kesempatan ini juga izinkan diriku memohon ampun dan maaf kepada semua yang mengenali diri ini.

Beberapa hari yang lalu, kita telah pun membicarakan tentang panduan untuk memulakan solat setelah lama meninggalkannya.

Sesudah memulakan solat yang sekian lama ditinggalkan, eloklah kiranya kita memikirkan cara untuk mengekalkannya secara istiqamah (konsisten).

Sebagai ikhtiar agar kita sentiasa mahu menunaikan solat, maka petua-petua berikut haruslah diikuti dalam hati sanubari.

Insya-Allah dengan pertolongan, taufiq dan hidayah Allah, kita akan tergolong dalam kalangan orang yang cintakan solat.

1. Semaikan kesedaran diri bahawa solat adalah kewajipan yang mesti ditunaikan oleh setiap orang mukallaf.

Ia adalah rukun Islam yang paling penting selepas mengucap dua kalimah syahadah.

Orang yang meninggalkan solat adalah peruntuh dan perosak agamanya sendiri.

2. Tanamkan rasa cinta kasih kepada ibadah solat dengan merasakan betapa kudusnya ibadah ini, dan betapa pula besar faedah dan menfaatnya kepada jasmani, rohani, kesihatan, kebersihan zahir dan batin.

Juga betapa berkesannya solat itu kiranya benar-benar difahami dalam pendidikan akhlak muslim dan muslimah agar berbudi pekerti mulia.

Memang besar sekali sumbangan solat kepada pembentukan masyarakat kerjasama, harmoni dan bersatu padu.

3. Tanamkan rasa bertuah, bangga dan mulia dengan ibadah solat kerana ia adalah satu penghormatan besar bagi si hamba yang hina lagi lemah kerana dibenar mengadap Tuhan yang Maha Besar lagi yang Maha Agung daripada segala yang agung.

4. Semaikan rasa penuh cinta kasih, ketaqwaan, keimanan dan kesyukuran kepada Allah yang Maha Esa, yang Maha Pemurah lagi yang Maha Pengasihani.

Rasakan dalam hati betapa banyaknya budi baik Allah Taala terhadap dirinya yang memang tidak dapat dibalas dan ditebus dengan apa jua pun.

5. Ingatlah, orang yang tidak bersolat terletak di antara kufur atau berdosa besar.

Adakah kita rela berkeadaan sedemikian? Sudah pasti keadaan sedemikian tidak menjamin keselamatan diri dan agama.

Maka kecelakaan dan nerakalah padahnya nanti, nauzubillah.

6. Ingatlah pula, bahawa orang yang tidak bersolat adalah manusia yang paling jahat dan paling keji.

Dia adalah merupakan seorang yang tidak sedar diri, seorang yang tidak mengenang budi baik, lagi tidak bersyukur kepada Allah s.w.t, pengurnia segala nikmat.

Tanyalah diri, mampukah agaknya menerima kemurkaan Allah yang Maha Agung sedangkan kemurkaan sesama manusia pun tidak terdaya?

7. Ingatlah lagi, orang yang enggan bersolat adalah seorang penderhaka kepada Tuhannya dan Penciptanya.

Akibatnya nanti dia akan diseksa dengan azab neraka.

Sebaliknya orang yang bersolat adalah orang yang taat kepada Allah dan dia akan diberikan ganjaran syurga.

8. Perbanyakkan doa dan memohon kepada Allah s.w.t pada setiap waktu untuk mendapat taufiq dan inayah-Nya.

Janganlah ditinggalkan membaca doa yang dibaca oleh Nabi Ibrahim a.s pada setiap kali berdoa selepas solat, azan dan iqamat, iaitu dalam surah Ibrahim ayat 40 dan 41 yang bermaksud:

Wahai Tuhanku, jadikanlah daku orang yang mendirikan solat, dan demikian juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. Wahai Tuhan kami, kurniakanlah keampunan kepadaku, dan kepada kedua ibu bapaku serta kepada orang-orang yang beriman pada hari berlakunya Hisab.

Akhir kata, dengan mengingati petua-petua tersebut tadi, dengan mengetahui tentang kedudukan mulia dan kepentingan ibadah solat dalam Islam, dengan memahami dan mengerti tentang hikmah solat, dengan adanya perasaan takut terhadap dosa dan seksa yang akan menimpa orang yang meninggalkan solat, insya-Allah dapat menolong dan mendorong seseorang untuk menunaikan kewajipan solat.

Wallahu a’lam.

Qada’ puasa, bayar fidyah dan ukuran cupak

Qada puasa adalah wajib ditunaikan terlebih dahulu sebelum datangnya bulan Ramadhan. Malah puasa sunat juga diharamkan untuk dikerjakan sebelum mengqada’ puasa yang tertinggal sebelumnya.

Sekiranya tidak berkesempatan, maka kita diwajibkan membayar fidyah. Fidyah bererti membayar denda berbentuk beras kepada fakir miskin.

Kadar fidyahnya mudah sahaja, iaitu sehari tinggal puasa bersamaan dengan fidyah secupak beras untuk tahun pertama. Tahun berikutnya digandakan mengikut tahun (lihat contoh mudah di hujung artikel ini).

Persoalan yang pertama, banyak mana sebenarnya ukuran secupak beras?

Secupak beras adalah bersamaan dengan 556 gram, iaitu lebih sedikit daripada setengah kilo, tetapi jauh lagi nak sampai satu kilo.

Dalam hal ini, satu perkara perlu diberi perhatian, iaitu membayar lebih tidak mengapa, membayar kurang jangan sekali.

Persoalan yang kedua, kepada siapa seelok-eloknya kita perlu membayar fidyah?

Ada pendapat yang mengatakan bayar fidyah lebih afdal terus kepada fakir miskin, daripada melalui amil yang dilantik.

Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa lebih afdal membayar fidyah melalui amil, kerana amil telah dilantik dengan cara tertentu oleh pihak berkuasa. Tambahan pula, bukan senang hendak mencari fakir miskin di kawasan tempat tinggal kita.

Bagaimana pun menurut Imam Shafie, ikut mana-mana pendapat yang dirasakan sesuai kecuali apabila ditentukan oleh mufti negeri masing-masing. Dalam hal ini mufti wajib diutamakan.

Ini kerana kedudukan mufti negeri adalah yang tertinggi selepas sultan. Mufti negeri merupakan suara kepada sultan dalam bab agama. Oleh sebab itu, wajib dituruti.

Sebab itu dalam Islam, mufti tidak perlu menjadi terkenal. Seorang mufti adalah seorang yang senyap, tidak banyak berkata-kata, bersembang, dan sebagainya yang boleh menjatuhkan kredibiliti seorang yang berdarjat tinggi.

Kata seorang tokoh agama, seorang mufti tidak perlu ada blog, tidak perlu terlibat dalam politik, dan sebagainya seperti seorang hakim yang dilantik kerajaan.

Begitu juga keadaannya dengan Qadhi, yang kita lihat di zaman sekarang lebih banyak berpolitik, bersosial dan sebagainya yang mana sepatutnya kedudukan Qadhi adalah setaraf dengan hakim tadi.

Persoalan yang ketiga, berapakah nilai pendapatan yang boleh diklasifikasikan sebagai fakir miskin?

Nilai fakir sebenarnya boleh diukur begini. Ambil RM10 untuk buat pengukuran. Andaikan seseorang itu memerlukan RM10 sehari untuk perbelanjaan harian, termasuk diri sendiri dan tanggungan di bawahnya.

Sekiranya pendapatannya sehari cuma RM3. Maka dia adalah seorang fakir. Sekiranya pendapatannya RM7, maka dia adalah seorang yang miskin.

Sekiranya pendapatannya RM10, maka dia seorang yang sederhana. Sekiranya pendapatannya RM12, maka dia seorang yang berada. Sekiranya pendapatannya RM18, maka dia seorang yang kaya.

Begitulah ukuran yang mudah digunakan. Di manakah kedudukan anda?

Katakan anda perlu bayar rumah, kereta, tanah ladang, aset sana sini, kad kredit, pinjaman peribadi, dan sebagainya, yang mana baki akhir gaji anda menunjukkan bahawa anda hanya boleh berbelanja sebanyak RM3 sahaja dalam sehari.

Di mana kedudukan anda? Sudah pasti, anda bukan seorang fakir, kerana bukan nilai RM3 itu yang diambil kira, tetapi kesemua nilai yang menjadi hak anda seperti rumah, kereta, tanah ladang, dan aset.

Jika anda tidak cukup makan kerana bebanan ini, boleh jadi anda merupakan seorang yang boros atau tidak pandai merancang perbelanjaan. Nasihat saya, dapatkan seorang penasihat kewangan (kena bayar lagi).

Persoalan yang keempat, selepas bayar fidyah, adakah saya bebas dari hutang puasa?

Tidak, belum lagi. Puasa yang telah ditinggalkan itu tetap wajib diqada’ (diganti), dalam nisbah dan kadar yang sama, iaitu satu hari tertinggal bersamaan dengan satu hari qada’. Jumlah fidyah meningkat mengikut tahun, tetapi bilangan puasa tetap sama.

Habis, kenapa perlu bayar fidyah kalau tak bebas hutang? Bayar fidyah adalah kerana lewat mengqada’. Sama seperti konsep kad kredit, lewat bayar kena denda, tapi hutang lama masih perlu diselesaikan.

Persoalan yang kelima, apakah sebab selain lewat, yang mewajibkan kita wajib membayar fidyah?

Ibu mengandung yang tidak berpuasa kerana bimbang zat makanan anak di dalam kandungan, serta ibu yang menyusukan anak yang tidak berpuasa kerana bimbang kekurangan susu di dalam badan.

Keadaan ini berbeza dengan ibu mengandung yang menghadapi kesukaran atau risiko atau sebarang keuzuran syarie, di mana ibu itu hanya perlu mengqada’ sahaja tanpa perlu membayar fidyah.

Persoalan seterusnya, sila isi ruangan komen di bawah untuk dibincang bersama.

Wallahu a’lam.

Contoh mudah (seperti yang dinyatakan di awal artikel):

  1. Tinggal puasa 1 hari tahun lepas, bayar 1 cupak.
  2. Tinggal puasa 2 hari tahun lepas, bayar 2 cupak.
  3. Tinggal puasa 1 hari 2 tahun lepas, bayar 2 cupak.
  4. Tinggal puasa 2 hari 2 tahun lepas, bayar 4 cupak.
  5. Tinggal puasa 1 hari tahun lepas dan 1 hari 2 tahun lepas, bayar 3 cupak.
  6. Tinggal puasa 2 hari tahun lepas dan 1 hari 2 tahun lepas, bayar 4 cupak.

Kesimpulannya, darabkan jumlah hari dengan jumlah tahun lalu (berasingan mengikut tahun) dan kemudian tambahkan kesemua tahun-tahun ini, maka dapatlah jumlah cupaknya.

Mudah bukan? Kalau dapat, cuba kira bayaran fidyah yang wajib dibayar oleh seseorang yang tidak pernah berpuasa selama 40 puluh tahun hidup di atas muka bumi Allah ini… Huh?! Macam kena pakai formula jinjang arithmetik jer?

Tanda-tanda dan Penyakit

MATA - Bertindak balas dengan keadaan hati.

Mata menjadi merah: Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.

Mata menjadi kabur: Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.

Keluar tahi mata: Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.

Keluar air mata: Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja.

Ketegangan mata dan kelopak: Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

HIDUNG - Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.

Selsema
Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong.

  • Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).

Hidung sebu

  • Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
  • Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

Bersin

  • Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
  • Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

Batuk

  • Batuk keluar kahak: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
  • Batuk tanpa kahak: Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
  • Batuk dan berasa gatal di kerongkong: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

KERONGKONG
Kerongkong kering: Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
Sakit kerongkong: Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

BIBIR. Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman.
Bibir pucat

  • Sistem penghadaman yang lemah.
  • Perut mengandungi angin.
  • Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.

Bibir kering dan pecah: Perut mengandungi banyak bahan toksin.

MULUT DAN LIDAH: Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem Pengedaran darah.
Lidah atau gusi bengkak, sakit: Menunjukkan jantung mempunyai masalah seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser): Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
Mulut berbau busuk: Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
Telinga terasa tersumbat: Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
Telinga berdengung: Sedang merawat buah pinggang yang lemah. Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

KULIT
Peluh

  • Peluh masin: Badan mengandungi lebihan asid urik.
  • Peluh berbau: Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

Ruam & Bisul: Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.
Kulit Gatal Dengan Ruam: Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.
Kulit Pecah & Berair: Proses pembuangan toksin yang larut dalam air. Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.
Rambut Gugur: Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
Sendi Sakit

  1. Rasa panas: Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda-tanda penyakit pirai (gout).
  2. Tidak rasa panas: Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
  3. Sakit di bahagian bahu: Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

Kebas Tangan: Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
Kebas Tangan Kiri & Lengan: Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jikarasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
Kebas Kaki: Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
Sakit Tapak Kaki: Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
Sakit Tumit Kaki: Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
Rasa Panas di Tapak Kaki: Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
Gatal di Celah-Celah Kaki: Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

TANDA-TANDA DALAMAN
Kepala. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
Pening/Sakit di Bahagaian Depan Kepala: Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
Pening/Sakit di Bahagaian Belakang Kepala:

  • Bahagian atas: Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
  • Bahagian bawah (tengkuk): Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

Sakit Kepala & Rasa Gas Keluar Dari Telinga: Menandakan penyakit migrain.
Bisuk di Kepala: Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
Rasa Pening yang Memusing: Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

MULUT/KERONGKONG
Loya/Muntah: Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
Muntah Darah:

  • Darah merah: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong.
  • Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut;misalnya penyakit ulser.

Lidah Rasa Tegang & Pendek: Tanda sakit jantung.
Keluar Air Liur Pekat: Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibatjangkitan kuman

KENCING
Kencing Kerap: Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran.
Air Kencing Berkapur: Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
Air Kencing Berminyak: Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
Air Kencing Pekat Bewarna Coklat: Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
Air Kencing Berdarah: Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

BUANG AIR BESAR
Cirit-Birit/Kerap Buang Air Besar: Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
Sembelit: Membersihkan toksin dari usus kecil.
Najis Berdarah:

  • Darah merah: Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
  • Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.

Najis Bewarna Hitam: Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus.

TINDAK BALAS BADAN
Badan Rasa Sakit: Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran.

  1. Sakit menyucuk: Proses menyeimbangkan urat saraf.
  2. Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
  3. Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
  4. Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.

Badan Terasa Berat/Malas/Lenguh: Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
Badan Terasa Panas: Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
Badan Terasa Ringan: Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

TINDAK BALAS EMOSI
Rasa Takut Mengejut: Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.
Cepat Naik Darah/Marah: Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
Rasa Bimbang & Takut: Sistem paru-paru yang lemah.
Rasa Seronok atau Bimbang Tanpa Sebab:

  • Sistem jantung yang lemah.
  • Sistem saraf otak yang lemah.
  • Masalah pengaliran darah.

Suka Berfikir & Berkhayal: Sistem penghadaman yang lemah.

Wallahu a’lam

Melewati Kawasan Perkuburan

Ali dan Abu baru pulang dari bandar. untuk sampai kekampung, mereka terpaksa melalui jalan pintas yg bersebelahan sebuah kawasan perkuburan.

Hati mereka berdebar-debar semasa melalui kawasan perkuburan itu dan dalam sayup-sayup malam mereka terdengar bunyi ketukan dari kawasan perkuburan itu.

Mereka berdua memberanikan diri untuk melihat dari mana datang bunyi itu. Dengan perlahan-lahan mereka menghampiri kawasan kuburdan ternampak seorang tua sedang mengetuk batu nisan menggunakan tukul besi dan pahat.Dalam keadaan yang agak gelap itu,orang tua tersebut tekun mengukir sesuatu diatas batu nisan.

Ali dan Abu bersuara "Fuuufff...terkejut kami,ingatkan pakcik ni hantu tadi, buat kami terkejut aje".

Sambil merapati orang tua itu mereka bertanya: "Apa yang pakcik buat malam-malam buta kat kubur ni??"

Tiba-tiba lelaki tua itu menjawab dengan marah..."Bodoh!!Dia orang salah eja nama aku!"

Teka-teki Gitu-gitu Apek

Penat kerja kan? Kita jawab teka-teki dulu ya. Release tension you…

Teka-teki: Hitam dan berpeluh.. HA.. Ape2??
Jawapan: semut hitam tengah berjogging.. huhuhu

Teka-teki: Ape benda bila masuk segitiga bila kuar bergulung-gulung?
Jawapan: Seluar dalam ler.. haha…

Teka-teki: Antara kapal terbang dengan kuih lepat liat, mana satu yang paling tinggi?
Jawapan: Kuih lepat liat la… sebab kapal terbang sampai langit je, tapi kuih lepat sampai lelangit!

Teka-teki: Banyak2 kotak, kotak apa yang takleh angkat?
Jawapan: Kotak penalti lah.. wawawa!

Teka-teki: Kenapa Penggali Kubur Gali Kubur Tak Pakai Selipar???
Teka.. teka.. kalo terer!
Jawapan: Selipar mana boleh buat gali tanah, guna cangkul lar… hue hue hue!!

Teka-teki: Bulu bertemu bulu… kulit bertemu kulit… makin tambah rapat makin nikmat rasanyer!
Jawablah kalau bijak sangat!
Jawapan: Haah.. mulalah otak kuning, MATA lah jawapan nyer..!

Teka-teki: 3 kepala, 6 mata, 8 kaki. Apakah bendanya tu?
Jawapan: Koboi naik kuda bawak ayam.

Teka-teki: Masa dia hidup kita menyanyi, masa dia mati kita tepuk tangan.
Jawapan: lilin masa sambut ‘EPI BESDAY’

Teka-teki: Scorpion kaler apa?
Jawapan: Kala jengking lah.. senang pun takleh nak jawab!

Teka-teki: Dalam banyak2 kera, kera ape yang pandai menaip???
Jawapan: Kerani

Teka-teki: Ada sorang imam, tengah semahyang pastu ada sekor anjing lalu kat depan dia. Pastu dia jilat kaki dia, BATAL TAK AIR SEMAYANG IMAM TU???
Jawapan: Mana batal sebab anjing tu jilat kaki dia sendiri!

Teka-teki: 4 orang awek cun berpayung dengan satu payung tapi nape tak basah langsung??
Jawapan: Sebab tak hujan… aduhai! Dahlah malaslah nak tanya lagi… soalan bebudak pun takleh nak jawab!!

Tata Cara Bersuci

Air menjadi simbolik kepada amalan bersuci

Air menjadi simbolik kepada amalan bersuci

Bersuci dalam istilah bahasa bererti membersihkan tubuh badan atau sesuatu dari kekotoran, sama ada kekotoran hissi atau maknawi.

Kekotoran hissi bermakna kekotoran yang boleh dicapai oleh deria seperti darah, muntah, tahi dan lain-lain.

Kekotoran maknawi pula bermakna kekotoran yang tidak dapat dicapai oleh deria seperti berhadas kecil atau besar.

Hukum bersuci
Bersuci hukumnya wajib apabila hendak mengerjakan ibadah solat. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:

“Allah tidak menerima solat tanpa bersuci”
Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan Tarmizi

Hikmah bersuci

  1. Allah kasih orang yang bersuci. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 222 yang bermaksud:

    “Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaubat dan mengasihi orang-orang yang bersuci.”

  2. Bersuci sebahagian daripada iman. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:

    “Bersuci itu sebahagian daripada iman”
    Hadis riwayat Muslim

  3. Menghindarkan perasaan jijik.
  4. Menjaga kesihatan dan menghindari penyakit.
  5. Membezakan antara manusia dan haiwan.
  6. Suatu tanda keistimewaan agama Islam yang lebih menitikberatkan kebersihan bukan hanya zahir sahaja, malah hingga kepada kebersihan batin.
  7. Terpelihara maruah diri. Selain itu kebersihan dalam solat adalah suatu adab kesopanan terhadap Allah s.w.t yang Maha Agung.
Rasulullah saw. bersabda : “Allah tidak menerima shalat yang tidak dengan bersuci (thaharah).” (H.R.Muslim)

Thaharah menurut bahasa artinya “bersih” sedang menurut syara’ berarti bersih dari hadats dan najis. Bersuci dari hadats hanya di bagian badan saja. hadats ada dua, yaitu: hadats besar dan hadats kecil. Cara menghilangkan hadats besar dengan mandi atau tayamum dan cara menghilangkan hadats kecil dengan wudhu atau tayamum. Bersuci dari najis berlaku pada badan, Pakaian dan tempat. Cara menghilangkan harus dicuci dan mensucikan.
Sebelum membahas tentang tata cara bersuci kiranya perlu mengenal macam-macam air dan pembagainya karena air adalah alat terpenting untuk bersuci. Ditinjau diri segi hukumnya, air dapat dibagi menjadi 4 macam:

  1. Air Muthlak (air yang sewajarnya): yaitu air suci yang dapat mensucikan (thahir wa munthahhir lighiarih), artinya air itu dapat digunakan untuk bersuci, misalnya air hujan, air sumur, air laut, air salju dan air embun.
  2. Air makruh; yaitu air yang yang suci dan dapat mensucikan tetapi makruh digunakannya Seperti air musyammas (air yang terjemur oleh terik matahari)
  3. Air suci tetapi tidak dapat digunakan untuk bersuci (tharir wa ghairu muntharir lighairih); yaitu air Yang boleh diminum tetapi tidak sah untuk bersuci. contohnya: a. Air Musta’mal yaitu Air sedikit yang telah dipakai untuk bersuci walaupun tidak berubah sifatnya. b. Air suci yang tercampur dengan benda suci, seperti air teh, air kopi dan lain sebagainya.
  4. Air Mutanajis, yaitu air yang terkena najis. Air mutanajis, apabila kurang dari dua kulah (kira-kira 60cm x 60cm kubig), maka tidak sah untuk bersuci. tetapi apabila lebih dari dua kulah dan tidak berubah sifatnya (bau, rupa dan rasanya), maka sah untuk bersuci.

Macam-macam Najis dan Tata cara Mensucikannya:
Najis menurut bahasa artinya kotoran, sedang menurut syara’ berarti yang mencegah sahnya shalat. Najis dapat dibagi menjadi tiga bagian:

  1. Najis Mughaladhah : yaitu njis yang berat yakni yang timbul dari najis anjing dan babi. Cara mensucikannya ialah lebih dahulu dihilangkan wujud benda najis itu, kemudian baru dicuci bersih dengan air sampai tujuh kali dan salah satunya dicuci dengan air yang tercampur tanah. Rasulullah saw bersabda: “sucinya tempat (perkakas)mu apabila dijilat anjing adalah dengan mencuci tujuh kali, permulaan atau penghabisan diantara persucian itu dicuci dengan air yang bercampur dengan tanah.” (H.R At-Tirmidi)
  2. Najis Mukhaffafah : yaitu najis yang ringan, seperti air kencing bayi laki-laki yang umurnya kurang dari dua tahun dan belum makan apa-apa kecuali air susu ibunya. Cara mensucikan, cukup dengan memercikan air pada benda yang kena najis itu sampai bersih. Rasulullah saw bersabda : “barang yang terkena air kencing anak perempuan harus dicuci, sedangkan bela terkena air kencing laki-laki cukup dengan memercikan air padanya.” (H.R Abu Daud dan Nasa’i)
  3. Najis Mutawassithah : yaitu najis yang sedang, yaitu najis yang lain selain yang tersebut dalam najis ringan dan berat. Seperti: Kotoran manusia atau binatang, air kencing, nanah darah, bangkai (selain bangkai ikan, belalang dan mayat manusia). Najis Mutawassithah dapat dibagi menjadi dua bagian : a. Najis ‘aniyah: Yaitu najis yang bendanya berwujud. Cara mensucikannya dengan menghilangkan zat (bendanya) lebih dahulu hingga hilang rasa bau, dan warnanya. kemudian menyiramnya dengan air sampai bersih. b. Najis hukmiyah : yaitu najis tidak berwujud bendanya, seperti bekas kencing, arak yang sudah kering, cara mensucikannya cukup dengan mengalirkan air pad belas najis itu.
  4. Najis yang dapat dimaafkan.
    Najis yang dapat dimaafkan antara lain: a. Bangkai binatang yang darahnya tidak mengalir, seperti nyamuk, kutu busuk dan sebagainya. - Najis yang sedikit sekali. - Nanah atau darah dari kudis atau bisulnya sendiri yang belum sembuh. - Debu yang campur najis dan lin-lain yang sukar dihindarkan.

Demikianlah kaifiyah (tata cara) Thaharah. Wallahu A’alm

Cara Membantu Orang yang Sedang Nazak…

Menurut Ustaz Abdullah Mahmud, masyarakat Melayu telah lama buat salah dalam ‘membantu’ seseorang mengahdapi sakaratul maut. Menjadi kebiasaan, kita akan mengelilingi orang yang tengah nazak dengan masing2 membaca surah Yasin, dengan bacaan yang tersendiri dan bermacam2 ragam (setengah dengan tartil, setengah bacaan laju).

Perbuatan sebegini akan menjadikan orang yang tengah nazak merasa lebih kelam kabut (kerana menurut ustaz sebelum datangnya kematian, kita ‘disibukkan’ dengan segala gambaran perbuatan kita di dunia). Kaedah yang sepatutnya diamalkan ialah:

  1. Lantik seorang yang bacaan Alquran nya baik (dari segi tajwid) untukmembaca surah Yasin - yang lain2 bole bersama2 semak.
  2. Sebaik2 orang yang dilantik itu adalah anak ataupun saudara terdekat yang mempunyai perasaan kasih pada orang yang tengah nazak.
  3. Merenung wajah orang tengah nazak sebelum surah Yasin dibaca untuk menimbulkan rasa belas kasihan dan mudah2an surah yang dibaca boleh membantu pencabutan nyawa beliau.
  4. Membaca 3 hingga 4 kalimah Surah Yasin, berhenti, dan menolong (menuntun) beliau untuk melafaz “Laa ila ha illallah”.
  5. Kemudian menyambung semula bacaan, baca 3 hingga 4 kalimah, berhenti lagi, dan menolong beliau mengucap “Laa ila haillallah” lagi.
  6. Diteruskan sehinggalah beliau menghembuskan nafas yang terakhir.

Semoga ini dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan kita dalam ‘membantu’ saudara mara atau mak ayah kita dalam menghadapi sakaratul maut. Dan semoga kita mendapat segala rahmat serta hidayahNYA dalam membuat amal kebajikan dengan cara yang betul bukan semata2 melalui ikutan adat. Amiin.

Mp3 Surah-surah Lazim dari 5 Imam

Cara nak download, klik kanan pada surah yang ingin dimuat turun, pilih “Save Target As…” untuk Internet Explorer atau “Save Link As…” untuk Mozilla Firefox.

Selamat mendownload!

Ghamidi Hudhaifi Sheikh Masyari Sudais
Al-fatiha
As-sajdah
Ya-sin
Ar-rahman
Al-waqiah
Al-mulk
Al-insan
An-naba
An-naziat
Abasa
At-takwir
Al-infitar
Al-mutaffifin
Al-inshiqaq
Al-buruj
At-tariq
Al-ala
Al-ghashiyah
Al-fajr
Al-balad
Ash-shams
Al-lail
Ad-duha
Ash-sharh
At-tin
Al-alaq
Al-qadr
Al-baiyyinah
Al-zalzalah
Al-adiyat
Al-qariah
At-takathur
Al-asr
Al-humazah
Al-fil
Quraish
Al-maun
Al-kauthar
Al-kafirun
An-nasr
Al-masad
Al-ikhlas
Al-falaq
An-nas
Fatiha1-7
An-Naba’1-40
An-Naazi’aat1-46
‘Abasa1-42
At-Takwiir1-29
Al-Infitaar1-19
Al-Mutaffiffin1-36
Al-Insyiqaaq1-25
Al-Buruuj1-22
At-Taariq1-17
Al-A’laa1-19
Al-Ghaasyiyah1-26
Al-Fajr1-30
Al-Balad1-20
Asy-Syams1-15
Al-Lail1-21
Adh-Dhuha1-11
Ash-Syar-h1-8
At-Tiin1-8
Al-’Alaq1-19
Al-Qadr1-5
Al-Bayyinah1-8
Az-Zalzalah1-8
Al-’Adiyaat1-11
Al-Qaari’ah1-11
At-Takaathur1-8
Al-’Asr1-3
Al-Humazah1-9
Al-Fiil1-5
Quraisy1-4
Al-Maa’uun1-7
Al-Kauthar1-3
Al-Kaafiruun1-6
An-Nasr1-3
Al-Masad1-5
Al-Ikhlas1-4
Al-Falaq1-5
An-Naas1-6
Al-Fatihah
Al-Mumtahanah
As-Saff
Al-Jumu’ah
Al-Munaafiquun
At-Taghaabun
Al-Mulk
Al-Qalam
Al-Haaqqah
Al-Ma’aarij
Nuh
Al-Jinn
Al-Muzzammil
Al-Muddaththir
Al-Qiaamah
Al-Insaan
Al-Mursalaat
An-Naba’
An-Naba
An-Naaziaat
Abasa
At-Takwiir
Al-Infitaar
Al-Mutaffiffin
Al-Insyiqaaq
Al-Buruuj
At-Taariq
Al-A’laa
Al-Ghaasyiyah
Al-Fajr
As-Syams
Al-Lail
Adh-Dhuha
Al-Insyiraah
At-Tiin
Al-’Alaq
Al-Qadr
Al-Bayyinah
Az-Zalzalah
Al-’Aadiyaat
Al-Qaari’ah
At-Takaathur
Al-’Asr
Al-Humazah
Al-Fiil
Quraisy
Al-Maa’uun
Al-Kauthar
Al-Kaafiruun
An-Nasr
Al-Masad
Al-Ikhlas Al-Falaq
An-Naas
Al-fatiha
As-sajdah
Ya-sin
Al-mulk
An-naba
An-naziat
Abasa
At-takwir
Al-infitar
Al-mutaffifin
Al-inshiqaq
Al-buruj
At-tariq
Al-ala
Al-ghashiyah
Al-fajr
Al-balad
Ash-shams
Al-lail
Ad-duha
Ash-sharh
At-tin
Al-alaq
Al-qadr
Al-baiyyinah
Al-zalzalah
Al-adiyat
Al-qariah
At-takathur
Al-asr
Al-humazah
Al-fil
Quraish
Al-maun
Al-kauthar
Al-kafirun
An-nasr
Al-masad
Al-ikhlas
Al-falaq
An-nas

Doa Memohon Kerahmatan Allah

Tasbih, Tahmid & Takbir

Menghitung hari............

HARI ISTIMEWA

thanks..

JellyMuffin.com - The place for profile layouts, flash generators, glitter graphics, backgrounds and codes