السلام عليكم ورحمة الله

HAPPY FAMILY

Nama Anak2ku sayang....

Maksud nama2 anak kami......

BIL

NAMA ANAK

MAKSUDNYA

1

HANA

Kebahagiaan, Rezeki tanpa kepayahan

2

BATRISYIA

Cerdik/ Pintar

3

HASYA

Kesempurnaan

4

BASIIRAH

Yang bijak / Pengetahuan

5

HASIIB

Berketurunan Mulia

6

BASYIRIIN

Yang memberi Berita Baik

7

HUSNA

Yang lawa / Yang Baik / Salehah/ Bernilai

8

BASYIIRAH

Penyampai Berita Gembira

PERMATA HATIKU


Slideshow

CALENDAR SEPANJANG TAHUN

LAGU DAKWAH

27 Nov 2008

FIKIR-FIKIRKAN SAYANG

�Kalau kita berjaya memotivasi diri sendiri, itu hebat, tetapi andainya kita boleh menjadikan orang lain seperti kita, itu baru hebat sangat.
�� DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


�Tak mampu buat semua jangan tinggal semua.
� � DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


�Jangan fikirkan yang sedap saja, kadang-kadang kita kena juga telan yang pahit sebab kadang-kadang yang pahit itu ubat sedang yang sedap itu racun.
� � DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


�Tengok awan usah terlupa pada bumi yang dipijak.
� � DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


�Air mata untuk kekasih, untuk sedih dan untuk rasa pedih, tentu lebih berharga air mata tatkala gembira, berjaya dan ternama.
� � DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


�Bila kapal besar lalu, perahu kecil tentu terbuai ombak.
� � DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


�Berubah itu mungkin mudah, tapi kekal dengan perubahan yang dibuat itu mungkin payah.
� � DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


�Lebih baik memandai-mandai daripada langsung tak pandai.
� � DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


�Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan.
� � DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


�Kaya di mata orang belum tentu kaya di mata sendiri.
� � DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


�Kaya itu bukan sahaja kerana wang, boleh jadi kaya hutang, kaya anak, kaya musuh atau kaya perasaan.
� � DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


�Biar tak kaya harta tapi kaya budi, biar hanya kata-kata, kadang-kadang itu lebih bererti.
� � DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


�Bercakap itu lebih baik daripada diam, tapi diam itu lebih baik daripada bercakap perkara yang merapu.
� � DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


�Cinta agung biasanya berjalan dengan penuh berliku.
� � DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


"Yang ada, yang banyaknya orang yang berkokok banyak, buatnya sikit, canangnya lebih."
�� DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


�Jangan cakap je, tapi buat, jangan buat je langsung tak bercakap.
� � DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


�Baju cantik hanya sesuai untuk orang yang kemas.
� � DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


"Sesungguhnya hajat,impian,cita-cita yang diimpikan adalah doa
yang panjang dan berterusan yang sentiasa dipanjatkan pada-NYA." -
�� DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


�Berkahwinlah kamu tatkala kamu benar-benar telah bersedia untuk digelar suami, isteri, ibu, ayah.
� � DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


�Biar azab kurang makan daripada azab terlebih makan.
� � DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


�Usahkan bulan, kalau nak matahari pun sanggup didekati. Usahkan badan sendiri, kalau tak nak dibiarkan berdaki.
� � DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


�Harimau yang mengaum itu tak makan orang, tapi kalau sebulan tak makan dibahamnya juga.
� � DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


�Bertenang itu kepintaran, kelam-kabut itu kebonggokan.
� � DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


�Tanpa mulut lidah tak berfungsi, tanpa lidah mulut tak bererti.
� � DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


�Kalau nak tahu kita ni pendek ke tinggi, tengoklah orang yang lebih pendek, tentu kita nampak tinggi.
� � DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


"Keji itu ibarat baja, makin ditabur makin subur."
�� DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj



�Memuji sorang sama sorang itu ampu namanya, mengeji di khalayak ramai tu cabaran namanya, sebab itu pujian adalah racun, cacian adalah penawar.
� � DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


�Jiwa yang tenang datang dari kehidupan yang tenang.
� � DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


"Orang tak hairan kita boleh buat majlis kahwin tiga hari tiga malam, tapi orang jadi hairan apa pasal tak pandai layan."
�� DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


�Kalau kita tak dapat buktikan kejayaan kita dalam bentuk benda itu belumlah lagi kejayaan namanya.
� � DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


"Kuli batak yang gaji kadang-kadang tak cukup itu lebih mulia daripada tauke besar yang EPF pekerjanya pun dia sapu."
�� DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


"Biar cakap sikit tapi bersama bukti; biar tak bercakap buktinya nampak."
�� DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


�Biar buruk di mata orang tapi indah di mata TUHAN, tapi tentu lebih bagus kalau indah di mata TUHAN juga indah di mata orang.
� � DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


�Tak semua yang nampak rugi itu sepanjangnya rugi, kadang-kadang untung menanti di hujung.
� � DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


�Bercakap itu mudah sebab itu ramai sungguh orang melakukannya, tapi mengumpat itu lebih mudah sebab itu lebih ramai orang melakukannya.
� � DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


�Mempertajam kapak seminit itu lebih baik daripada menghayun kapak yang dempak sepanjang hari.
� � DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


"Rajin itu ubat, sedang malas itu racun."
�� DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


�Sama menolong sama beruntung.
� � DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


�Hampir semua kegagalan disebabkan tersalah langkah. Salah langkah bermula daripada tersalah fikir. Tersalah fikir bermula dari gagal mengenal diri.
� � DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


�Angin selalunya membelai, jarang sekali menghempas, tetapi apabila dia mula menghempas pasti ada yang tidak akan faham lagi makna dibelai.
� � DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


�Soal bahagia letaknya di hati, justeru jadikan hati cetusan senyum.
� � DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


�Usah terlalu hairan melihat pelangi tapi terlebih hairanlah melihat bagaimana kamu berdiri.� � DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


�Biar jadi pintar benar-benar boleh digelar pintar, jangan gelaran saja pintar tapi hapah tak reti.
� � DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


"Dare to be different."
�� DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


"Biar papa asal bergaya, kalau dah papa macam mana nak bergaya."
�� DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


"Kalau boleh ketawa senyumlah juga sebab ketawa bercampur senyum itu memang bahagia."
� � DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


�Mari bekerja keras macam saya, jangan bersenang-senang walhal tak senang macam ramai daripada kita.
� � DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


�Orang baik terpancar melalui perbuatannya; orang jahat juga terpancar melalui perbuatannya.
� � DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


�Bukan cantik saja isunya, tapi kesihatan yang utama. Jaga makan, jaga badan bukan lawa dan hansem saja matlamatnya, tapi kesihatan matlamatnya.
� � DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


�Yang penting tindakannya bukan apa yang hanya berlegar di dalam fikirannya.
� � DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


�Kerana ada cinta orang boleh berjuang mempertahankan cintanya, tapi kerana ada cinta juga orang boleh berkorban untuk mempamerkan kebodohannya.
� � DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


�Kalau nak buat kerja buat betul-betul, kalau tak nak buat baik tak payah buat.
� � DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


�Orang baik jarang mengaku jahat, tapi orang jahat seronok mengaku baik.
� � DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


�Kalau kamu nak jahat, jahat betul-betul, biar macam Firaun, baru berbaloi masuk neraka. Kalau setakat tipu orang seratus dua lebih baik jadi baik betul-betul, sebab balasannya Syurga.
� � DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


�Bukan semua yang manis itu manis adakalanya di hujung lidah ia manis di hujung tekak menjadi pahit.
� � DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

--------------
*Semalam Adalah Sejarah..Hari Ini Adalah Kenyataan..Dan Esok Adalah Harapan*

No comments:

Doa Memohon Kerahmatan Allah

Tasbih, Tahmid & Takbir

Menghitung hari............

HARI ISTIMEWA

thanks..

JellyMuffin.com - The place for profile layouts, flash generators, glitter graphics, backgrounds and codes