السلام عليكم ورحمة الله

HAPPY FAMILY

Nama Anak2ku sayang....

Maksud nama2 anak kami......

BIL

NAMA ANAK

MAKSUDNYA

1

HANA

Kebahagiaan, Rezeki tanpa kepayahan

2

BATRISYIA

Cerdik/ Pintar

3

HASYA

Kesempurnaan

4

BASIIRAH

Yang bijak / Pengetahuan

5

HASIIB

Berketurunan Mulia

6

BASYIRIIN

Yang memberi Berita Baik

7

HUSNA

Yang lawa / Yang Baik / Salehah/ Bernilai

8

BASYIIRAH

Penyampai Berita Gembira

PERMATA HATIKU


Slideshow

CALENDAR SEPANJANG TAHUN

LAGU DAKWAH

29 Nov 2008

Makanan laut membuatkan tubuh langsing

Tahukah anda bahawa ketam dan udang juga mampu untuk langsingkan badan?

Sebelum ini tidak dapat dinafikan bahawa ketam, udang, udang kara dan udang galah memang sudah dikenali sebagai salah satu elemen yang mampu mengatasi masalah obesiti. Kemampuan makanan laut tersebut berpunca dari serat yang dihasilkan dari bahagian kulit. Serat sendiri merupakan rangkaian molekul karbohidrat. Ia boleh melawan kegemukan. Ia juga berkhasiat untuk menyihatkan badan serta mempertahankan metabolisme tubuh.

Kajian terhadap kulit luar udang atau ketam ini membuktikan, serat yang dihasilkannya dapat menghalang penyerapan lemak oleh saluran pencernaan. Lemak yang tidak terserap saluran percernaan itu dipaksa keluar dari tubuh bersama kotoran. Ertinya, lemak dan makanan tidak disimpan dalam tubuh dan seterusnya tidak menambahkan berat badan anda.


Bagaimana ia berfungsi?

Di dalam perut, serat crustacea membentuk gel bermuatan positif. Sebab itulah ia dapat mengikat banyak zat disekitarny, termasuk vitamin C (asid askorbat). Berbicara soal vitamin C, kajian membuktikan, serat crustacea yang bergabung dengan vitamin C ternyata bekerja dengan lebih efektif berbanding secara sendirian. Gabugan keduanya dipercayai boleh memperkuatkan daya serap serat terhadap lemak.

Sebagai sumber serat, makanan laut yang berkulit keras seperti udang dan ketam mempunyai kemampuan istimewa dalam hal menyerap beberapa elemen yang ada didalam tubuh, seperti lemak kolesterol, glukosa dan sebagainya dan jika makanan laut diambil dalam jumlah yang tepat, tingginya daya serap serat dipercayai tidak akan mempengaruhi kesimbangan mineral tubuh. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa pengambilan serat dalam jumlah yang tepat dapat memperbaiki metabolisma tubuh. Hal ini adalah kerana serat makanan laut berkulit keras ini diyakini boleh memperbaiki lingkungan usus makhluk hidup, sekali gus memperbaiki proses metabolisme usus.

Jika dibandingkan dengan cara pelangsingan yang lain, makanan laut yang berkulit keras memiliki kelebihan, iaitu ia tidak akan mempengaruhi metabolisma tubuh secara keseluruhan meskipun berat badan mengalami penurunan. Bandingkan dengan cara-cara pengurangan berat badan lain yang rata-rata memerlukan senaman yang ketat selain terpaksa menahan lapar.

Bagaimana? Tidakkah anda tertarik untuk mencuba diet jenis ini?

No comments:

Doa Memohon Kerahmatan Allah

Tasbih, Tahmid & Takbir

Menghitung hari............

HARI ISTIMEWA

thanks..

JellyMuffin.com - The place for profile layouts, flash generators, glitter graphics, backgrounds and codes