Berpuasa adalah salah satu cara untuk mengurangkan makan dan secara tidak langsung dapat membantu anda menurunkan berat badan (walaubagaimana pun pastikan apakah tujuan utama anda berpuasa dan bukan semata-mata untuk kuruskan badan). Menurunkan berat badan adalah faedah sampingan jika berpuasa. Anda boleh mulakan dengan berpuasa sunat seminggu sekali pada hari hari Isnin atau hari Khamis. Kemudian perlahan-lahan anda boleh cuba untuk berpuasa setiap Isnin dan Khamis.
SAHUR
Anda perlu bangun untuk bersahur (tidak boleh tidak). Perut yang kosong tidak membantu untuk menurunkan berat badan. Anda perlu menghidupkan 'engine' dalam badan anda untuk memulakan pembakaran lemak. 'Minyak' untuk menghidupkan 'engine' anda adalah apa yang anda makan waktu bersahur. Jika anda tidak bersahur, anda akan merasa lemah, kelaparan dan sistem didalam badan tidak dapat berfungsi dengan sempurna.
Jika bersahur saya suka makan high fibre cereal dengan buah-buah kering seperti kismis, kekacang dan susu. Minum air suam sebanyak mungkin.
Pastikan anda rancang menu untuk berbuka dengan sebaiknya. Banyakkan sayur-sayuran dan buah-buahan seperti sup sayur dengan tofu, meehoon sup dengan isi ayam atau ikan, sup tomyam dengan ayam, rojak buah, minuman panas (milo, kopi, teh dengan pemanis), air soya tanpa gula, fruit jus. (Jangan makan makanan berwarna putih, bersantan dan bergula).

No comments:
Post a Comment